Nabi Muhammad (610–632)
-
Nabi Muhammad s.a.w. (sek. 570 – 632) adalah seorang peniaga yang kemudian menjadi pemimpin agama, politik dan ketenteraan. Baginda dilihat sebagai utusan terakhir Tuhan, dan bukan pencipta Islam. Muslim mempercayai bahawa baginda merupakan pemulih kepercayaan monoteistik asal Nabi Adam, Ibraham, Musa, Isa dan lain-lain. Baginda dilihat sebagai
nabi terakhir dan terhebat—manusia yang paling sempurna, dan pemilik semua sifat unggul.
[71] Baginda dilaporkan menerima wahyu dari Allah selama 23 tahun kehidupan terakhirnya, bermula pada usia 40 tahun. Kandungan wahyu ini, dikenali sebagai al-Qur'an, telah dihafal dan direkodkan oleh
sahabat baginda.
[72]
Semasa zaman ini, Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah kepada orang
Makkah, merayu mereka untuk meninggalkan politeisme. Walaupun sesetengahnya memeluk Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya telah ditindas oleh pihak berkuasa Makkah. Selepas 13 tahun berdakwah, baginda dan orang Muslim
berhijrah ke bandar
Madinah (dahulu dikenali sebagai
Yathrib) pada 622. Di sana, dengan mualaf Madinah (
Ansar) dan pendatang Makkah (
Muhajirin), Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan
kuasa keagamaan dan politiknya. Beberapa pertempuran terjadi dengan Musyrikin Makkah dan orang Yahudi Madinah yang menentang Muslim diusir. Pada masa yang sama, laluan perdagangan Makkah disekat sambil Nabi Muhammad s.a.w. membawa puak-puak padang pasir di sekeliling Madinah masuk ke pihaknya.
[73] Pada 629 baginda telah
menakluki Makkah dengan hampir tanpa pertumpahan darah, dan pada masa kewafatannya pada 632 telah menguasai seluruh
Semenanjung Arab.
[74]
[sunting] Kebangkitan khilafah dan perang saudara (632–650)
Nabi Muhammad s.a.w. mula berdakwah menyebarkan Islam di
Makkah sebelum
berhijrah ke
Madinah di mana baginda menyatukan
puak-puak Arab kepada sebuah negara Islam terawal. Dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632, perselisihan faham tercetus terhadap siapa yang akan mewarisi baginda sebagai ketua umat Muslim.
Umar Al-Khattab,
sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal, mencadangkan
Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan rakan dan sahabat karib Nabi Muhammad s.a.w. Orang lain menambah sokongan mereka dan Abu Bakar telah dilantik sebagai
khalifah pertama. Pilihan ini bagaimanapun dipertikaikan oleh sesetengah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang beranggapan bahawa
Ali bin Abi Talib, sepupu dan menantunya, sepatutnya dilantik sebagai pewarisnya. Tugas segera Abu Bakar as-Siddiq ialah untuk membela kekalahan baru-baru ini kepada
Empayar Byzantine (atau
Empayar Rom Timur, walaupun beliau terpaksa menghentikan pemberontakan sekelompok puak Arab dalam episod yang dikenali sebagai
Perang Riddah, atau "Perang Murtad".
[75]
Kewafatan beliau pada 634 menyebabkan pelantikan Umar al-Khattab sebagai khalifah, diikuti oleh
Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Keempat-empat khalifah ini dikenali sebagai
al-khulafā' ar-rāshidūn ("
Khalifah yang Benar"). Di bawah mereka, wilayah pemerintahan Muslim berkembang jauh ke wilayah
Parsi dan
Byzantine.
[76]
Apabila Saidina Umar telah dibunuh pada 644,
pemilihan Uthman sebagai pewaris menghadapi penentangan yang meningkat. Pada 656, Saidina Uthman juga dibunuh, dan Saidina Ali memegang jawatan khalifah. Selepas melawan pembangkang dalam
perang saudara pertama ("Fitnah Pertama"), Ali pula telah dibunuh oleh
Khawarij pada 661. Berikutan ini,
Mu'awiyah, yang merupakan gabenor
Levant, mengambil kuasa dan memulakan
Dinasti Umayyah.
[77]
Pertikaian terhadap kepimpinan agama dan politik ini telah membawa kepada perpecahan dalam masyarakat Muslim. Majoritinya menerima kesahan tiga pemerintah sebelum Saidina Ali, dan kini dikenali sebagai
Sunah. Minoriti yang tak setuju, dan percaya bahawa Saidina Ali adalah pewaris sebenar; telah dikenali sebagai
Syiah.
[78] Selepas kemangkatan Mu'awiyah pada 680, konflik pewarisan tercetus sekali lagi dalam perang saudara yang dikenali sebagai "
Fitnah Kedua". Sesudah itu, Dinasti Umayyah kekal memerintah selama 70 tahun, dan berjaya menakluk
Maghribi dan
Al-Andalus (
Semenanjung Iberia, bekas
Hispania Visigoth) dan
Gallia Narbonensis di barat di samping mengembangkan wilayah Muslim ke
Sindh dan pinggiran
Asia Tengah.
[79] Antara contoh seni bina terbaik hasil penaklukan Islam yang masih kekal ialah
Masjid Besar Kairouan (di
Tunisia) yang dibina pada 670 oleh jeneral Umayyah Uqbah ibn Nafi
[80] dan dianggap sebagai moyang dan model semua masjid di barat dunia Islam
[81][82] Sementara elit Arab-Muslim bertempur dalam penaklukan, sesetengah Muslim zahid mula mempersoalkan kewarakan dan menurut kemahuan dalam kehidupan duniawi, menekankan kepada kemiskinan, rendah diri dan pengelakan dosa sebagai jalan menolak kemahuan badan. Muslim soleh yang zahid seperti
Hasan al-Basri ini kemudian membangkitkan gerakan yang akan berkembang menjadi
kesufian.
[83]
Bagi aristokrasi Umayyah, Islam dilihat sebagai agama untuk Arab sahaja;
[84] ekonomi Empayar Umayyah berdasarkan pada anggapan bahawa majoriti bukan-Muslim (
Zimmi) perlu membayar cukai kepada Arab Muslim minoriti. Seorang bukan-Arab yang mahu memeluk Islam perlu terlebih dahulu menjadi pelanggan suku Arab. Malah selepas pemelukan, Muslim baru ini (
mawali) tidak mencapai kesamaan sosial dan ekonomi dengan Arab. Keturunan dari bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.
Abbas bin Abdul Muttalib menghimpunkan
mawali yang tidak puas hati, Arab miskin, dan sebahagian Syi'ah terhadap Umayyah dan menggulingkan mereka dengan bantuan dari propagandis dan jeneral mereka iaitu
Abu Muslim, memulakan
Dinasti Abbasiyyah pada 750.
[85]
[sunting] Zaman Kegemilangan (750–1258)
-
Gambaran artis
Pertempuran Hattin pada 1187, di mana Baitulmuqaddis ditawan semula oleh tentera Salahuddin al-Ayyubi
Di bawah Abbasiyyah, tamadun Islam berkembang pesat pada "
Zaman Kegemilangan Islam", dengan ibu kotanya di bandar kosmopolitan Baghdad.
[86] Koleksi hadith utama telah disusun dan empat
mazhab Sunah moden telah diasaskan. Hukum Islam telah maju dengan hebat oleh usaha imam awal abad ke-9
al-Shafi'i; beliau mengekodkan cara untuk memastikan kebolehpercayaan hadis, satu topik yang telah menjadi fokus pertikaian di kalangan sarjana Islam.
[87] Ahli falsafah
Ibnu Sina dan
Al-Farabi cuba untuk menggabungkan prinsip Greek ke dalam teologi Islam, manakala yang lain seperti ahli teologi abad ke-11
Abu Hamid Al-Ghazali menentangnya dan akhirnya berjaya.
[88] Sufisme dan Syiah pula mengalami perubahan besar pada abad ke-9.
Kesufian menjadi gerakan mantap yang telah bergerak ke arah kebatinan dan menjauhi rumpun zahidnya, manakala
Syiah berpecah berpunca dari ketidaksetujuan atas pewarisan Imam.
[89]
Penyebaran penguasaan Islam menyebabkan permusuhan di kalangan penulis Kristian
medieval yang melihat Islam sebagai musuh berdasarkan bilangan besar pemeluk baru Muslim. Penentangan ini mengakibatkan perjanjian polemik yang menggambarkan Islam sebagai agama
anti-Al-Masih dan Muslim sebagai penuh bernafsu dan submanusia.
[90] Pada
Zaman Pertengahan juga, sebilangan kecil ahli falsafah Arab seperti pemuisi
Al-Ma'arri mengambil pendekatan kritikal kepada Islam, dan ahli falsafah Yahudi
Maimonides membezakan pandangan Islam mengenai moral dengan pandangan Yahudi yang beliau sendiri huraikan.
[91]
Hospital awam didirikan pada masa ini (dipanggil hospital
Bimaristan), dan dianggap "hospital pertama" dari segi makna moden perkataan itu
[92] dan mengeluarkan diploma perubatan pertama untuk perlesenan
doktor perubatan.
[93][94] Guinness Book of World Records mengiktiraf
Universiti Al-Karaouine yang diasaskan pada
859 M sebagai universiti memberi
ijazah tertua di dunia.
[95] Asal usul
kedoktoran juga bermula dari
ijazat attadris wa 'l-ifttd ("lesen mengajar dan memberikan pendapat hukum") di
madrasah yang mengajar
syariah.
[96] Institusi pertama untuk
pesakit mental juga diasaskan di dunia Muslim.
[97] Ketika ini, piawai teknik
uji kaji dan
pengkuantitian diperkenalkan kepada proses saintifik untuk membezakan teori-teori bersaing di samping tradisi petikan.
[98][99] Ibn Al-Haitham dianggap sebagai bapa
kaedah saintifik moden dan sering dipanggil "ahli sains sebenar pertama."
[100] Institusi perundangan yang diperkenalkan Islam termasuklah
amanah dan
wakaf.
[101][102]
[sunting] Perpecahan dan serangan
-
Pada lewat abad ke-9, khilafah Abbasiyyah mula retak apabila beberapa wilayah mendapat autonomi lebih. Di sepanjang Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia Tengah,
amiriah terbentuk apabila wilayah berpecah. Empayar Arab monolitik memberi laluan kepada
Dunia Islam yang lebih homogen di mana
Fatimiyyah Syiah malah menandingi kekuasaan keagamaan khilafah. Pada
836, khalifah
Al-Mu'tasim memindahkan
ibu negara khilafah dari
Baghdad ke bandar baru
Samarra, sehinggalah
892 apabila ia dikembalikan semula ke Baghdad oleh
al-Mu'tamid. Pada 1055
Turki Seljuk telah mengatasi Abbasiyyah sebagai kuasa tentera, walaupun mereka terus menghormati kuasa khalifah pada namanya.
[103] Semasa zaman ini pengembangan dunia Islam diteruskan, melalui kedua-dua penaklukan dan
dakwah secara aman walaupun kedua-dua rangkaian perdagangan Islam dan Muslim berkembang ke sub-Sahara
Afrika Barat,
Asia Tengah,
Volga Bulgaria dan
Kepulauan Melayu.
[2]
Reconquista telah dilancarkan terhadap
taifa Muslim di
Iberia, dan
hak milik Itali Muslim telah dirampas oleh
Norman. Bermula abad ke-11, pakatan kerajaan Kristian Eropah dikerahkan bagi melancarkan siri peperangan yang dikenali sebagai
Perang Salib, dengan matlamat mengundurkan tentera Muslim dari
bahagian timur bekas Empayar Rom, terutamanya
Tanah Suci, dan mendirikan
Negeri Salibi. Pada mulanya berjaya, perolehan wilayah ini telah dibalikkan oleh jeneral Muslim yang berikutnya seperti
Salahuddin al-Ayyubi; yang menawan semula
Baitulmuqaddis semasa
Perang Salib Kedua.
[104]
Di timur,
Empayar Mongol mengakhiri dinasti Abbasiyyah di
Pertempuran Baghdad 1258, dalam satu siri serangan menakluki tanah Muslim. Sementara itu di Mesir, tentera-hamba
Mamluk mengambil alih kuasa dalam kebangkitan pada 1250
[105] dan dalam pakatan dengan
Angkatan Kencana menghentikan tentera Mongol pada
Perang Ain Jalut. Dalam abad yang berikutnya
kekhanan Mongol memeluk Islam dan penyerapan keagamaan dan kebudayaan ini menandakan zaman baru sintesis Mongol-Islam yang membentuk penyebaran lanjut Islam di tengah Asia, timur Eropah dan
subbenua India.
Kekhanan Krimea merupakan antara kuasa terkuat di
Eropah Timur hingga akhir abad ke-17.
[106]
[sunting] Wangsa dan penaklukan baru (1030–1918)
Pada abad ke-13 dan ke-14
Empayar Uthmaniyyah (dinamakan bersempena
Uthman I) muncul dari kalangan
"amiriah Ghazi" ini dan bertapak kukuh selepas satu siri penaklukan yang termasuk
Balkan, sebahagian
Greece dan barat
Anatolia. Pada 1453 di bawah
Muhammad al-Fatih mereka mengepung
Constantinople, ibu kota Byzantium,
yang jatuh sejurus selepas itu, tidak mampu melawan bilangan tentera Uthmaniyyah yang lebih besar dan sedikit sebanyak, teknologi
meriam.
[107] Selepas Mesir Mamluk jatuh kepada mereka pada 1517, Empayar Uthmaniyyah turut melancarkan
kempen Eropah yang menjangkau hingga ke
pintu Vienna pada 1529.
[108] Menjelang abad ke-18, meskipun terdapat cubaan pemodenan, Empayar Uthmaniyyah telah mula rasa diancam oleh kelebihan ketenteraan dan ekonomi Eropah.
Sementara itu bermula pada abad ke-13, Sufisme mengalami perubahan, secara besarnya berpunca dari usaha
al-Ghazali untuk mengesahkan dan menyusun semula gerakan tersebut. Beliau mengembangkan model golongan Sufi—satu komuniti guru dan pelajar rohaniah.
[109] Satu lagi perkara penting pada Kesufian ialah penghasilan
Masnawi, satu koleksi puisi mistik oleh pemuisi
Parsi Rumi. Masnawi mempunyai pengaruh besar pada perkembangan pemikiran keagamaan Sufi; bagi kebanyakan Sufi ia kitab kedua terpenting, selepas al-Qur'an.
[110]
Dari abad ke-14 hingga ke-16 bahagian timur dunia Islam mengalami satu lagi zaman kegemilangan di bawah
Wangsa Timuriyah. Pada awal abad ke-16,
Wangsa Safawiyah menguasai Parsi dan menetapkan Islam Syiah sebagai agama rasmi di sana, dan meskipun terdapat halangan berkala, kekal berkuasa selama dua abad sehinggalah awal abad ke-18.
Selepas penjajahan Parsi dan penjarahan Baghdad oleh Mongol pada 1258,
Delhi menjadi pusat kebudayaan terpenting Muslim timur.
[112] Banyak wangsa Islam memerintah pelbagai bahagian subbenua India bermula dari abad ke-12. Yang utama termasuk
Kesultanan Delhi (1206-1526) dan
Empayar Mughal (1526-1857). Empayar-empayar ini membantu penyebaran Islam di
Asia Selatan. Pada abad ke-18 gerakan
Wahabi mula bertapak di Arab Saudi. Diasaskan oleh pendakwah
Ibn Abdul Wahhab, Wahabi merupakan ideologi fundamentalis yang mengutuk amalan seperti Sufisme dan penghormatan kepada wali sebagai tidak Islamik.
[113]
Menjelang pertengahan abad ke-19
Empayar British secara rasminya mengakhiri dinasti Mughal,
[114], dan pada akhir abad ke-19 menggulingkan
Kerajaan Mysore yang diperintah Muslim. Pada abad ke-19, kebangkitan nasionalisme telah mengakibatkan Greece mengisytiharkan dan memenangi kemerdekaan pada 1829, dengan beberapa negeri Balkan ikut serta selepas Uthmaniyyah mengalami kekalahan dalam
Perang Rusia-Turki 1877–1878. Pada masa ini, ramai Muslim berpindah, kebanyakannya dari India dan
Indonesia ke
Caribbean, secara tidak langsung menyebarkan agama mereka di tempat-tempat baru. Era Uthmaniyyah berakhir di hujung
Perang Dunia Pertama dan
khilafah dimansuhkan pada 1924.
[115][116]
[sunting] Zaman moden (1918–kini)
Pada awal abad ke-20, kebanyakan dunia Muslim di luar Empayar Uthmaniyyah telah diserap ke dalam empayar Eropah bukan Islam. Selepas kekalahan
Perang Dunia Pertama, saki-baki empayar ini telah dibahagikan sebagai
negeri naungan atau
lingkungan pengaruh Eropah. Sejak itu kebanyakan masyarakat Muslim jajahan Eropah ini telah merdeka, dan isu baru seperti kekayaan minyak dan hubungan dengan
Israel telah mendapat keutamaan.
[117]
Abad ke-20 memperlihatkan dunia Islam makin terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar. Sebagai gerak balas, banyak gerakan "pemulih" Islam dimulakan. Kumpulan seperti
Ikhwanul Muslimun di Mesir dan
Jamaat-e-Islami di Pakistan menyokong alternatif totalistik dan teokratik kepada ideologi politik sekular. Kadangkala dipanggil
Islamis, mereka melihat nilai kebudayaan Barat sebagai ancaman, dan menggalakkan Islam sebagai penyelesaian komprehensif kepada persoalan harian umum dan peribadi. Di negara seperti
Iran, gerakan revolusi menggantikan rejim
sekular dengan negeri Islam, manakala kumpulan transnasional seperti
al-Qaeda Osama bin Laden terlibat dengan
pengganasan untuk mencapai matlamat mereka. Berbeza pula dengan
gerakan liberalisme Islam yang cuba untuk menyelaraskan tradisi keagamaan dengan norma moden pemerintahan sekular dan
hak asasi manusia. Penyokongnya mengatakan bahawa terdapat berbagai cara untuk membaca teks suci Islam, dan menekankan perlunya meninggalkan ruang untuk "pemikiran bebas pada perkara keagamaan".
[118]
Kritikan terhadap Islam masa kini termasuk tuduhan bahawa Islam tidak bertoleransi terhadap kritikan dan
syariat Islam terlalu keras pada
orang murtad. Pengkritik seperti
Ibn Warraq mempersoalkan kemoralan al-Qur'an, mengatakan bahawa kandungannya mewajarkan penganiayaan terhadap wanita dan menggalakkan komen
antisemitik oleh ahli teologi Muslim.
[119] Ada juga penulis yang mengkritik Islam (dan agama lain) sebagai seksis, tiada toleransi dan suka berperang. Dakwaan seumpama itu dipertikaikan oleh penulis Muslim seperti
Fazlur Rahman,
[120] Syed Ameer Ali,
[121] Ahmed Deedat[122] dan
Yusuf Estes.
[123] Yang lain seperti
Daniel Pipes dan
Martin Kramer lebih memfokuskan pada kritikan penyebaran
fundamentalisme Islam, satu bahaya yang mereka rasakan telah diabaikan.
[124] William Montgomery Watt dan Norman Daniel bagaimanapun menyangkal banyak kritikan sebagai produk mitos dan polemik lama.
[125] Kebangkitan
Islamofobia, menurut
Carl W. Ernst, telah menyumbangkan kepada pandangan negatif mengenai Islam dan Muslim di Barat.
[126]
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam