Rabu, 26 Oktober 2011

Demografi

Populasi Muslim mengikut peratusan
Kajian demografi menyeluruh terhadap 232 negara dan wilayah pada 2009 melaporkan bahawa 23% penduduk dunia atau 1.57 bilion orang merupakan Muslim. Sekitar 80–90% angka ini merupakan Ahli Sunah Waljamaah dan 10–20% adalah Syiah,[8][142][10] dengan minoriti kecil tergolong dalam mazhab lain. Kira-kira 50 negara bermajoriti Muslim,[143] dan sekitar 20% dari semua Muslim seluruh dunia merupakan Arab.[144] Antara 1900 dan 1970 komuniti Muslim sejagat berkembang daripada 200 juta kepada 551 juta;[145] antara 1970 dan 2009 populasi Muslim berkembang lebih tiga kali menjadi 1.57 bilion.
Majoriti Muslim tinggal di Asia dan Afrika.[146] Sekitar 62% Muslim menetap di Asia, dengan lebih 683 juta penganut di Indonesia, Pakistan, India dan Bangladesh.[147][148] Di Timur Tengah, negara bukan Arab seperti Turki dan Iran adalah negara majoriti Muslim terbesar; di Afrika, Mesir dan Nigeria memiliki masyarakat Muslim teramai.[149]
Kebanyakan anggaran menyatakan yang Republik Rakyat China memiliki antara 20 hingga 30 juta Muslim (1.5% hingga 2% penduduk).[150][151][152][153] Bagaimanapun, data daripada International Population Center San Diego State University menunjukkan bahawa China memiliki 65.3 juta Muslim.[154] Islam ialah agama kedua terbesar selepas Kristian di banyak negara Eropah,[155] dan sedang menghampiri status tersebut di benua Amerika, dengan antara 2.45 juta dan kira-kira 7 juta Muslim di Amerika Syarikat.[9][156]

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam

0 komentar:

Posting Komentar

 

mari berdakwah bersama rifal nur alam Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers