Rabu, 26 Oktober 2011

seluruh rukun islam ada dalam shalat ?

seluruh rukun islam ada dalam shalat, maka dari itu jika kita meninggalkan shalat maka kita seperti meruntuhkan agama islam.

dalam shalat ada:
-syahadat
-puasa : karna kita dilarang makan dan minum
-naik haji : karna kita menghadap ke kiblat
-zakat : karna shalat itu adalah shadakoh

kenapa kita shalat ?

kita shalat karena :
1.shalat itu indah
2.shalat itu nikmat
3.meninggalkan shalat itu bahaya

ada beberapa indikator mengapa shalat itu penting:

-shalat adalah rukun islam
-perintah langsung secara berhadapan
-pembeda muslim dan kafir
-amal yang paling pertama di hisab
-wajib dalam setiap keadaan
-wajib diperintahkan kebada anak yang belum baligh
-wajib walaupun tidak ada alat bersuci
-ibadah yang melibatkan seluruh anggota badan
-ibadah yang melibatkan seluruh rukun islam

Agama lain


Masjid Al-Aqsa di Al Haram Al Sharif, Baitulmuqaddis, sebuah tapak suci bagi Islam dan Agama Yahudi

Qubbat As-Sakhrah, juga di Al Haram Al Sharif. Muslim percaya Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga dari sini
Menurut doktrin Islam, Islam merupakan agama asal manusia, diakui oleh Nabi Adam a.s.[162] Pada suatu ketika, perpecahan berlaku, dan Allah mula mengutuskan nabi-nabi untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada manusia.[163] Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., nabi-nabi Ibrani dan Nabi Isa a.s., kesemuanya diakui sebagai nabi, tetapi Islam percaya pesanan mereka dan teks Taurat dan Injil telah dicemarkan oleh orang Yahudi dan Kristian. Begitu juga, setiap kanak-kanak dilahirkan Muslim, tetapi telah dibawa memeluk agama lain oleh ibu bapa mereka yang tidak Islam.[163]
Hukum Islam membahagikan bukan-Muslim kepada beberapa kategori, bergantung pada hubungan mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi yang hidup di bawah pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi ("orang yang dilindungi"). Menurut aturan ini, keselamatan peribadi dan harta zimmi dijamin dengan syarat mereka membayar ufti (jizyah) kepada kerajaan Islam. Status ini turut diberikan kepada orang Majusi dan kadangkala orang Hindu, tetapi bukan kepada ateis atau agnostik.[164] Mereka yang hidup di tanah bukan-Muslim (dar al-harb) dikenali sebagai harbi, dan sebaik memasuki pakatan dengan negeri Muslim dikenali sebagai ahl al-ahd. Mereka yang menerima jaminan keselamatan semasa tinggal buat sementara waktu di tanah Muslim dikenali sebagai ahl al-amān. Kedudukan mereka adalah sama seperti zimmi kecuali mereka tidak perlu membayar jizyah. Orang yang bersetuju gencatan senjata (ahl al-hudna) adalah yang tinggal di luar wilayah Muslim dan bersetuju untuk menahan diri dari menyerang Muslim.[165][166] Murtad dari Islam ditegah, dan boleh dihukum bunuh.[167]
Gerakan Alevi, Yazidi, Duruzi, Ahmadiyyah, Bábí, Bahá'í dan Barghawata sama ada berpunca dari Islam atau berkongsi sesetengah kepercayaan dengan Islam. Sesetengah menganggap diri mereka berbeza manakala yang lain menganggap masih bermazhab Islam walaupun berkontroversi dalam sesetengah kepercayaan mereka dengan Muslim aliran utama. Sikhisme, diasaskan oleh Guru Nanak pada lewat abad ke-15 di Punjab, mengandungi aspek kedua-dua Islam dan Hinduisme.[168]

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam

Kebudayaan

Masjid

Rencana utama: Masjid
Pintu utama Masjid Niujie di China
Masjid ialah tempat ibadat untuk Muslim. Walaupun tujuan utama masjid ialah sebagai tempat ibadat, ia juga penting kepada komuniti Muslim sebagai tempat untuk perjumpaan dan pengajian. Masjid moden telah berkembang secara ketara daripada rekaan awal dari abad ke-7, dan mengandungi beraneka unsur seni bina seperti menara masjid.[157]

[sunting] Seni

Rencana utama: Kesenian Islam
Kesenian Islam merangkumi seni tampak yang dihasilkan dari abad ke-7 dan seterusnya oleh orang (tidak semestinya Muslim) yang tinggal di wilayah yang diduduki penduduk Muslim.[158] Ia termasuk berbagai-bagai bidang seperti seni bina, khat, lukisan dan seramik.

[sunting] Takwim

Rencana utama: Takwim Hijrah
Permulaan rasmi era Muslim yang dipilih ialah Hijrah pada 622 M, yang merupakan titik perubahan penting dalam nasib Nabi Muhammad s.a.w. Penetapan tahun ini sebagai tahun 1 H atau 1 AH (Anno Hegirae) dalam kalendar Islam dilaporkan dibuat oleh Khalifah Umar. Ia merupakan takwim qamari, dengan 19 tahun lazim 354 hari dan 11 tahun lompat 355 hari dalam kitaran 30 tahun. Tarikh Islam tidak boleh ditukarkan kepada tarikh Masihi secara mudah dengan menambah 622 tahun: peruntukan harus dibuat untuk fakta bahawa setiap abad Hijri sejajar dengan hanya 97 tahun dalam kalendar Kristian.[159]
Hari suci Islam jatuh pada tarikh tetap dalam takwim qamari, yang bermakna mereka terjadi pada musim berlainan pada tahun berlainan dalam Kalendar Gregory. Perayaan Islam yang terpenting ialah Hari Raya Aidilfitri (B. Arab: عيد الفطر) pada 1 Syawal, yang menandakan berakhirnya bulan berpuasa Ramadan, dan Hari Raya Aidiladha (B. Arab: عيد الأضحى) pada 10 Zulhijah, serentak dengan haji ke Makkah.[160] Hari dalam takwim Islam bermula pada waktu maghrib.[161]

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam

Demografi

Populasi Muslim mengikut peratusan
Kajian demografi menyeluruh terhadap 232 negara dan wilayah pada 2009 melaporkan bahawa 23% penduduk dunia atau 1.57 bilion orang merupakan Muslim. Sekitar 80–90% angka ini merupakan Ahli Sunah Waljamaah dan 10–20% adalah Syiah,[8][142][10] dengan minoriti kecil tergolong dalam mazhab lain. Kira-kira 50 negara bermajoriti Muslim,[143] dan sekitar 20% dari semua Muslim seluruh dunia merupakan Arab.[144] Antara 1900 dan 1970 komuniti Muslim sejagat berkembang daripada 200 juta kepada 551 juta;[145] antara 1970 dan 2009 populasi Muslim berkembang lebih tiga kali menjadi 1.57 bilion.
Majoriti Muslim tinggal di Asia dan Afrika.[146] Sekitar 62% Muslim menetap di Asia, dengan lebih 683 juta penganut di Indonesia, Pakistan, India dan Bangladesh.[147][148] Di Timur Tengah, negara bukan Arab seperti Turki dan Iran adalah negara majoriti Muslim terbesar; di Afrika, Mesir dan Nigeria memiliki masyarakat Muslim teramai.[149]
Kebanyakan anggaran menyatakan yang Republik Rakyat China memiliki antara 20 hingga 30 juta Muslim (1.5% hingga 2% penduduk).[150][151][152][153] Bagaimanapun, data daripada International Population Center San Diego State University menunjukkan bahawa China memiliki 65.3 juta Muslim.[154] Islam ialah agama kedua terbesar selepas Kristian di banyak negara Eropah,[155] dan sedang menghampiri status tersebut di benua Amerika, dengan antara 2.45 juta dan kira-kira 7 juta Muslim di Amerika Syarikat.[9][156]

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam

Mazhab

Taburan penganut Islam mengikut mazhab
Cabang dalam Islam

[sunting] Sunah

Rencana utama: Ahli Sunah Waljamaah
Islam Sunah merupakan kumpulan terbesar dalam Islam (sehingga 90%[8][127]) daripada 1.5 bilion Muslim di dunia). Dalam bahasa Arab, as-Sunnah secara harfiah bermaksud "prinsip" atau "laluan". Al-Qur'an dan Sunnah (contoh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang direkodkan dalam hadith) merupakan asas utama doktrin Sunah. Sunnah dilihat sebagai penting dalam membantu mentafsirkan Qur'an.[128]
Sunah (atau Sunni) percaya bahawa empat khalifah pertama merupakan pewaris benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.; kerana Allah tidak menunjukkan mana-mana ketua tertentu untuk mewarisinya, ketua itu perlu dipilih.[127] Sunah mengakui empat mazhab (aliran pemikiran) utama yang sah: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini menerima kesahihan yang lain dan seorang Muslim boleh memilih mana-mana yang menyenangkannya,[129]. Terdapat juga gerakan ultra-ortodoks di dalam Sunah, contohnya Salafi yang mengambil generasi pertama Muslim sebagai model teladan.[130]

[sunting] Syi'ah

Rencana utama: Syiah
Syiah membentuk 10–20% Muslim dan adalah rumpun kedua terbesar Islam.[10][9] Mereka percaya dalam kepimpinan Imam dari keturunan Ali bin Abi Talib, yang mengikut kebanyakan Syiah tidak mungkin berbuat salah. Mereka percaya bahawa Saidina Ali yang merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pewaris sebenar baginda, dan mereka memanggil beliau Imam pertama, menolak keabsahan khalifah Muslim sebelumnya. Bagi mereka, seorang Imam memerintah dengan hak perlantikan ketuhanan dan memiliki "kuasa kerohanian mutlak" di kalangan Muslim, mempunyai kata terakhir dalam hal doktrin dan wahyu.[131][132] Islam Syi'ah mempunyai beberapa rumpun, yang terbesar ialah Syiah Imam Dua Belas (iṯnāʿašariyya), di mana istilah Syiah secara umum lazimnya merujuk kepada kumpulan ini. Walaupun Imam Dua Belas berkongsi banyak amalan teras dengan Sunah, dua rumpun ini tidak bersetuju mengenai taraf kepentingan dan kesahihan sebahagian koleksi hadith. Syiah Imam Dua Belas mengikuti tradisi hukum yang dipanggil fiqh Ja'fari.[133] Kumpulan Syiah lain termasuklah Ismailiyah dan Zaidiyah, yang berbeza dari segi senarai Imam dan kepercayaan teologi.[134]

[sunting] Kesufian

Rencana utama: Kesufian
Kesufian atau sufisme merupakan satu bentuk pendekatan mistik-astetik terhadap Islam. Dengan memfokuskan lebih pada aspek kerohanian agama, Sufi berusaha untuk memperoleh pengalaman terus dari Allah dengan mengguna pakai "daya gerak hati dan emosi" yang harus dilatih seseorang untuk diguna.[135] Sufisme dan syariat Islam biasanya dianggap menjadi pelengkap, walaupun Sufisme telah dikritik oleh kumpulan Salafi sebagai bidaah tidak wajar. Kebanyakan golongan Sufi, atau tarekat, boleh dikelaskan sebagai sama ada Sunah atau Syiah, walaupun ada yang mengelaskan diri mereka hanya sebagai Sufi.[136]

[sunting] Lain-lain

Khawarij adalah mazhab yang berasal pada zaman awal Islam. Rumpun Khawarij yang masih hidup ialah Ibadi. Tidak seperti kebanyakan kumpulan Khawarij, Ibadi tidak menganggap Muslim berdosa sebagai kafir. Imam merupakan topik penting dalam kesusasteraan hukum Ibadi, yang mensyaratkan bahawa ketua patut dipilih menurut hanya pengetahuan dan kewarakannya, dan hendaklah disisihkan jika bertindak zalim. Kebanyakan Muslim Ibadi tinggal di Oman dengan sedikit komuniti di Afrika Utara.[137]
Ahmadiyyah merupakan satu gerakan yang muncul di akhir abad ke-19, bermula dari kehidupan dan ajaran Mirza Ghulam Ahmad. Beliau mengaku sebagai Mujaddid abad ke-14 takwim Islam, Al-Masih dan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.[138][139] Ahmadi menekankan kepercayaan bahawa Islam ialah hukum terakhir kemanusiaan dan keperluan mengembalikan intipati sebenarnya, yang telah hilang ditelan zaman. Ahmadi melihat diri mereka sebagai pendahulu pemulihan dan penyebaran aman Islam.[140] Terdapat sekatan undang-undang terhadap Ahmadi di beberapa negara Muslim, khususnya Pakistan.[141]
Terdapat juga Muslim yang menolak Hadith, dipanggil golongan al-Quran sahaja atau anti-Hadith.

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam

Sejarah

Nabi Muhammad (610–632)

Rencana utama: Nabi Muhammad s.a.w.
Masjid an-Nabawi ("Masjid Nabi") di Madinah adalah tapak makam Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. (sek. 570 – 632) adalah seorang peniaga yang kemudian menjadi pemimpin agama, politik dan ketenteraan. Baginda dilihat sebagai utusan terakhir Tuhan, dan bukan pencipta Islam. Muslim mempercayai bahawa baginda merupakan pemulih kepercayaan monoteistik asal Nabi Adam, Ibraham, Musa, Isa dan lain-lain. Baginda dilihat sebagai nabi terakhir dan terhebat—manusia yang paling sempurna, dan pemilik semua sifat unggul.[71] Baginda dilaporkan menerima wahyu dari Allah selama 23 tahun kehidupan terakhirnya, bermula pada usia 40 tahun. Kandungan wahyu ini, dikenali sebagai al-Qur'an, telah dihafal dan direkodkan oleh sahabat baginda.[72]
Semasa zaman ini, Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah kepada orang Makkah, merayu mereka untuk meninggalkan politeisme. Walaupun sesetengahnya memeluk Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya telah ditindas oleh pihak berkuasa Makkah. Selepas 13 tahun berdakwah, baginda dan orang Muslim berhijrah ke bandar Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada 622. Di sana, dengan mualaf Madinah (Ansar) dan pendatang Makkah (Muhajirin), Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan kuasa keagamaan dan politiknya. Beberapa pertempuran terjadi dengan Musyrikin Makkah dan orang Yahudi Madinah yang menentang Muslim diusir. Pada masa yang sama, laluan perdagangan Makkah disekat sambil Nabi Muhammad s.a.w. membawa puak-puak padang pasir di sekeliling Madinah masuk ke pihaknya.[73] Pada 629 baginda telah menakluki Makkah dengan hampir tanpa pertumpahan darah, dan pada masa kewafatannya pada 632 telah menguasai seluruh Semenanjung Arab.[74]

[sunting] Kebangkitan khilafah dan perang saudara (632–650)

Nabi Muhammad s.a.w. mula berdakwah menyebarkan Islam di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah di mana baginda menyatukan puak-puak Arab kepada sebuah negara Islam terawal. Dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632, perselisihan faham tercetus terhadap siapa yang akan mewarisi baginda sebagai ketua umat Muslim. Umar Al-Khattab, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal, mencadangkan Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan rakan dan sahabat karib Nabi Muhammad s.a.w. Orang lain menambah sokongan mereka dan Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah pertama. Pilihan ini bagaimanapun dipertikaikan oleh sesetengah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang beranggapan bahawa Ali bin Abi Talib, sepupu dan menantunya, sepatutnya dilantik sebagai pewarisnya. Tugas segera Abu Bakar as-Siddiq ialah untuk membela kekalahan baru-baru ini kepada Empayar Byzantine (atau Empayar Rom Timur, walaupun beliau terpaksa menghentikan pemberontakan sekelompok puak Arab dalam episod yang dikenali sebagai Perang Riddah, atau "Perang Murtad".[75]
Wilayah Khilafah pada 750 M
Kewafatan beliau pada 634 menyebabkan pelantikan Umar al-Khattab sebagai khalifah, diikuti oleh Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Keempat-empat khalifah ini dikenali sebagai al-khulafā' ar-rāshidūn ("Khalifah yang Benar"). Di bawah mereka, wilayah pemerintahan Muslim berkembang jauh ke wilayah Parsi dan Byzantine.[76]
Apabila Saidina Umar telah dibunuh pada 644, pemilihan Uthman sebagai pewaris menghadapi penentangan yang meningkat. Pada 656, Saidina Uthman juga dibunuh, dan Saidina Ali memegang jawatan khalifah. Selepas melawan pembangkang dalam perang saudara pertama ("Fitnah Pertama"), Ali pula telah dibunuh oleh Khawarij pada 661. Berikutan ini, Mu'awiyah, yang merupakan gabenor Levant, mengambil kuasa dan memulakan Dinasti Umayyah.[77]
Pertikaian terhadap kepimpinan agama dan politik ini telah membawa kepada perpecahan dalam masyarakat Muslim. Majoritinya menerima kesahan tiga pemerintah sebelum Saidina Ali, dan kini dikenali sebagai Sunah. Minoriti yang tak setuju, dan percaya bahawa Saidina Ali adalah pewaris sebenar; telah dikenali sebagai Syiah.[78] Selepas kemangkatan Mu'awiyah pada 680, konflik pewarisan tercetus sekali lagi dalam perang saudara yang dikenali sebagai "Fitnah Kedua". Sesudah itu, Dinasti Umayyah kekal memerintah selama 70 tahun, dan berjaya menakluk Maghribi dan Al-Andalus (Semenanjung Iberia, bekas Hispania Visigoth) dan Gallia Narbonensis di barat di samping mengembangkan wilayah Muslim ke Sindh dan pinggiran Asia Tengah.[79] Antara contoh seni bina terbaik hasil penaklukan Islam yang masih kekal ialah Masjid Besar Kairouan (di Tunisia) yang dibina pada 670 oleh jeneral Umayyah Uqbah ibn Nafi[80] dan dianggap sebagai moyang dan model semua masjid di barat dunia Islam[81][82] Sementara elit Arab-Muslim bertempur dalam penaklukan, sesetengah Muslim zahid mula mempersoalkan kewarakan dan menurut kemahuan dalam kehidupan duniawi, menekankan kepada kemiskinan, rendah diri dan pengelakan dosa sebagai jalan menolak kemahuan badan. Muslim soleh yang zahid seperti Hasan al-Basri ini kemudian membangkitkan gerakan yang akan berkembang menjadi kesufian.[83]
Bagi aristokrasi Umayyah, Islam dilihat sebagai agama untuk Arab sahaja;[84] ekonomi Empayar Umayyah berdasarkan pada anggapan bahawa majoriti bukan-Muslim (Zimmi) perlu membayar cukai kepada Arab Muslim minoriti. Seorang bukan-Arab yang mahu memeluk Islam perlu terlebih dahulu menjadi pelanggan suku Arab. Malah selepas pemelukan, Muslim baru ini (mawali) tidak mencapai kesamaan sosial dan ekonomi dengan Arab. Keturunan dari bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abbas bin Abdul Muttalib menghimpunkan mawali yang tidak puas hati, Arab miskin, dan sebahagian Syi'ah terhadap Umayyah dan menggulingkan mereka dengan bantuan dari propagandis dan jeneral mereka iaitu Abu Muslim, memulakan Dinasti Abbasiyyah pada 750.[85]

[sunting] Zaman Kegemilangan (750–1258)

Gambaran artis Pertempuran Hattin pada 1187, di mana Baitulmuqaddis ditawan semula oleh tentera Salahuddin al-Ayyubi
Di bawah Abbasiyyah, tamadun Islam berkembang pesat pada "Zaman Kegemilangan Islam", dengan ibu kotanya di bandar kosmopolitan Baghdad.[86] Koleksi hadith utama telah disusun dan empat mazhab Sunah moden telah diasaskan. Hukum Islam telah maju dengan hebat oleh usaha imam awal abad ke-9 al-Shafi'i; beliau mengekodkan cara untuk memastikan kebolehpercayaan hadis, satu topik yang telah menjadi fokus pertikaian di kalangan sarjana Islam.[87] Ahli falsafah Ibnu Sina dan Al-Farabi cuba untuk menggabungkan prinsip Greek ke dalam teologi Islam, manakala yang lain seperti ahli teologi abad ke-11 Abu Hamid Al-Ghazali menentangnya dan akhirnya berjaya.[88] Sufisme dan Syiah pula mengalami perubahan besar pada abad ke-9. Kesufian menjadi gerakan mantap yang telah bergerak ke arah kebatinan dan menjauhi rumpun zahidnya, manakala Syiah berpecah berpunca dari ketidaksetujuan atas pewarisan Imam.[89]
Penyebaran penguasaan Islam menyebabkan permusuhan di kalangan penulis Kristian medieval yang melihat Islam sebagai musuh berdasarkan bilangan besar pemeluk baru Muslim. Penentangan ini mengakibatkan perjanjian polemik yang menggambarkan Islam sebagai agama anti-Al-Masih dan Muslim sebagai penuh bernafsu dan submanusia.[90] Pada Zaman Pertengahan juga, sebilangan kecil ahli falsafah Arab seperti pemuisi Al-Ma'arri mengambil pendekatan kritikal kepada Islam, dan ahli falsafah Yahudi Maimonides membezakan pandangan Islam mengenai moral dengan pandangan Yahudi yang beliau sendiri huraikan.[91]
Hospital awam didirikan pada masa ini (dipanggil hospital Bimaristan), dan dianggap "hospital pertama" dari segi makna moden perkataan itu[92] dan mengeluarkan diploma perubatan pertama untuk perlesenan doktor perubatan.[93][94] Guinness Book of World Records mengiktiraf Universiti Al-Karaouine yang diasaskan pada 859 M sebagai universiti memberi ijazah tertua di dunia.[95] Asal usul kedoktoran juga bermula dari ijazat attadris wa 'l-ifttd ("lesen mengajar dan memberikan pendapat hukum") di madrasah yang mengajar syariah.[96] Institusi pertama untuk pesakit mental juga diasaskan di dunia Muslim.[97] Ketika ini, piawai teknik uji kaji dan pengkuantitian diperkenalkan kepada proses saintifik untuk membezakan teori-teori bersaing di samping tradisi petikan.[98][99] Ibn Al-Haitham dianggap sebagai bapa kaedah saintifik moden dan sering dipanggil "ahli sains sebenar pertama."[100] Institusi perundangan yang diperkenalkan Islam termasuklah amanah dan wakaf.[101][102]

[sunting] Perpecahan dan serangan

Rencana utama: Perang Salib dan Reconquista
Pada lewat abad ke-9, khilafah Abbasiyyah mula retak apabila beberapa wilayah mendapat autonomi lebih. Di sepanjang Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia Tengah, amiriah terbentuk apabila wilayah berpecah. Empayar Arab monolitik memberi laluan kepada Dunia Islam yang lebih homogen di mana Fatimiyyah Syiah malah menandingi kekuasaan keagamaan khilafah. Pada 836, khalifah Al-Mu'tasim memindahkan ibu negara khilafah dari Baghdad ke bandar baru Samarra, sehinggalah 892 apabila ia dikembalikan semula ke Baghdad oleh al-Mu'tamid. Pada 1055 Turki Seljuk telah mengatasi Abbasiyyah sebagai kuasa tentera, walaupun mereka terus menghormati kuasa khalifah pada namanya.[103] Semasa zaman ini pengembangan dunia Islam diteruskan, melalui kedua-dua penaklukan dan dakwah secara aman walaupun kedua-dua rangkaian perdagangan Islam dan Muslim berkembang ke sub-Sahara Afrika Barat, Asia Tengah, Volga Bulgaria dan Kepulauan Melayu.[2]
Reconquista telah dilancarkan terhadap taifa Muslim di Iberia, dan hak milik Itali Muslim telah dirampas oleh Norman. Bermula abad ke-11, pakatan kerajaan Kristian Eropah dikerahkan bagi melancarkan siri peperangan yang dikenali sebagai Perang Salib, dengan matlamat mengundurkan tentera Muslim dari bahagian timur bekas Empayar Rom, terutamanya Tanah Suci, dan mendirikan Negeri Salibi. Pada mulanya berjaya, perolehan wilayah ini telah dibalikkan oleh jeneral Muslim yang berikutnya seperti Salahuddin al-Ayyubi; yang menawan semula Baitulmuqaddis semasa Perang Salib Kedua.[104]
Di timur, Empayar Mongol mengakhiri dinasti Abbasiyyah di Pertempuran Baghdad 1258, dalam satu siri serangan menakluki tanah Muslim. Sementara itu di Mesir, tentera-hamba Mamluk mengambil alih kuasa dalam kebangkitan pada 1250[105] dan dalam pakatan dengan Angkatan Kencana menghentikan tentera Mongol pada Perang Ain Jalut. Dalam abad yang berikutnya kekhanan Mongol memeluk Islam dan penyerapan keagamaan dan kebudayaan ini menandakan zaman baru sintesis Mongol-Islam yang membentuk penyebaran lanjut Islam di tengah Asia, timur Eropah dan subbenua India. Kekhanan Krimea merupakan antara kuasa terkuat di Eropah Timur hingga akhir abad ke-17.[106]

[sunting] Wangsa dan penaklukan baru (1030–1918)

Pada abad ke-13 dan ke-14 Empayar Uthmaniyyah (dinamakan bersempena Uthman I) muncul dari kalangan "amiriah Ghazi" ini dan bertapak kukuh selepas satu siri penaklukan yang termasuk Balkan, sebahagian Greece dan barat Anatolia. Pada 1453 di bawah Muhammad al-Fatih mereka mengepung Constantinople, ibu kota Byzantium, yang jatuh sejurus selepas itu, tidak mampu melawan bilangan tentera Uthmaniyyah yang lebih besar dan sedikit sebanyak, teknologi meriam.[107] Selepas Mesir Mamluk jatuh kepada mereka pada 1517, Empayar Uthmaniyyah turut melancarkan kempen Eropah yang menjangkau hingga ke pintu Vienna pada 1529.[108] Menjelang abad ke-18, meskipun terdapat cubaan pemodenan, Empayar Uthmaniyyah telah mula rasa diancam oleh kelebihan ketenteraan dan ekonomi Eropah.
Sementara itu bermula pada abad ke-13, Sufisme mengalami perubahan, secara besarnya berpunca dari usaha al-Ghazali untuk mengesahkan dan menyusun semula gerakan tersebut. Beliau mengembangkan model golongan Sufi—satu komuniti guru dan pelajar rohaniah.[109] Satu lagi perkara penting pada Kesufian ialah penghasilan Masnawi, satu koleksi puisi mistik oleh pemuisi Parsi Rumi. Masnawi mempunyai pengaruh besar pada perkembangan pemikiran keagamaan Sufi; bagi kebanyakan Sufi ia kitab kedua terpenting, selepas al-Qur'an.[110]
Taj Mahal yang terletak di Agra, India, dibina di bawah pemerintahan Mughal[111]
Dari abad ke-14 hingga ke-16 bahagian timur dunia Islam mengalami satu lagi zaman kegemilangan di bawah Wangsa Timuriyah. Pada awal abad ke-16, Wangsa Safawiyah menguasai Parsi dan menetapkan Islam Syiah sebagai agama rasmi di sana, dan meskipun terdapat halangan berkala, kekal berkuasa selama dua abad sehinggalah awal abad ke-18.
Selepas penjajahan Parsi dan penjarahan Baghdad oleh Mongol pada 1258, Delhi menjadi pusat kebudayaan terpenting Muslim timur.[112] Banyak wangsa Islam memerintah pelbagai bahagian subbenua India bermula dari abad ke-12. Yang utama termasuk Kesultanan Delhi (1206-1526) dan Empayar Mughal (1526-1857). Empayar-empayar ini membantu penyebaran Islam di Asia Selatan. Pada abad ke-18 gerakan Wahabi mula bertapak di Arab Saudi. Diasaskan oleh pendakwah Ibn Abdul Wahhab, Wahabi merupakan ideologi fundamentalis yang mengutuk amalan seperti Sufisme dan penghormatan kepada wali sebagai tidak Islamik.[113]
Menjelang pertengahan abad ke-19 Empayar British secara rasminya mengakhiri dinasti Mughal,[114], dan pada akhir abad ke-19 menggulingkan Kerajaan Mysore yang diperintah Muslim. Pada abad ke-19, kebangkitan nasionalisme telah mengakibatkan Greece mengisytiharkan dan memenangi kemerdekaan pada 1829, dengan beberapa negeri Balkan ikut serta selepas Uthmaniyyah mengalami kekalahan dalam Perang Rusia-Turki 1877–1878. Pada masa ini, ramai Muslim berpindah, kebanyakannya dari India dan Indonesia ke Caribbean, secara tidak langsung menyebarkan agama mereka di tempat-tempat baru. Era Uthmaniyyah berakhir di hujung Perang Dunia Pertama dan khilafah dimansuhkan pada 1924.[115][116]

[sunting] Zaman moden (1918–kini)

Madrasah Masjid Jamia di Srirangapatna, India.
Pada awal abad ke-20, kebanyakan dunia Muslim di luar Empayar Uthmaniyyah telah diserap ke dalam empayar Eropah bukan Islam. Selepas kekalahan Perang Dunia Pertama, saki-baki empayar ini telah dibahagikan sebagai negeri naungan atau lingkungan pengaruh Eropah. Sejak itu kebanyakan masyarakat Muslim jajahan Eropah ini telah merdeka, dan isu baru seperti kekayaan minyak dan hubungan dengan Israel telah mendapat keutamaan.[117]
Abad ke-20 memperlihatkan dunia Islam makin terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar. Sebagai gerak balas, banyak gerakan "pemulih" Islam dimulakan. Kumpulan seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir dan Jamaat-e-Islami di Pakistan menyokong alternatif totalistik dan teokratik kepada ideologi politik sekular. Kadangkala dipanggil Islamis, mereka melihat nilai kebudayaan Barat sebagai ancaman, dan menggalakkan Islam sebagai penyelesaian komprehensif kepada persoalan harian umum dan peribadi. Di negara seperti Iran, gerakan revolusi menggantikan rejim sekular dengan negeri Islam, manakala kumpulan transnasional seperti al-Qaeda Osama bin Laden terlibat dengan pengganasan untuk mencapai matlamat mereka. Berbeza pula dengan gerakan liberalisme Islam yang cuba untuk menyelaraskan tradisi keagamaan dengan norma moden pemerintahan sekular dan hak asasi manusia. Penyokongnya mengatakan bahawa terdapat berbagai cara untuk membaca teks suci Islam, dan menekankan perlunya meninggalkan ruang untuk "pemikiran bebas pada perkara keagamaan".[118]
Kritikan terhadap Islam masa kini termasuk tuduhan bahawa Islam tidak bertoleransi terhadap kritikan dan syariat Islam terlalu keras pada orang murtad. Pengkritik seperti Ibn Warraq mempersoalkan kemoralan al-Qur'an, mengatakan bahawa kandungannya mewajarkan penganiayaan terhadap wanita dan menggalakkan komen antisemitik oleh ahli teologi Muslim.[119] Ada juga penulis yang mengkritik Islam (dan agama lain) sebagai seksis, tiada toleransi dan suka berperang. Dakwaan seumpama itu dipertikaikan oleh penulis Muslim seperti Fazlur Rahman,[120] Syed Ameer Ali,[121] Ahmed Deedat[122] dan Yusuf Estes.[123] Yang lain seperti Daniel Pipes dan Martin Kramer lebih memfokuskan pada kritikan penyebaran fundamentalisme Islam, satu bahaya yang mereka rasakan telah diabaikan.[124] William Montgomery Watt dan Norman Daniel bagaimanapun menyangkal banyak kritikan sebagai produk mitos dan polemik lama.[125] Kebangkitan Islamofobia, menurut Carl W. Ernst, telah menyumbangkan kepada pandangan negatif mengenai Islam dan Muslim di Barat.[126]

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam

Kewajipan dan amalan

Lima Rukun Islam

Rencana utama: Rukun Islam
Syahadah ditulis pada plak di Masjid Agung Xi'an, China
Amalan Haji termasuk berjalan tujuh kali mengelilingi Kaabah (tawaf). Muslim juga bersolat menghadap ke sini.
Lima Rukun Islam (Arab: اركان الدين‎) adalah lima amalan penting dalam Islam Sunah, dan lima konsep asas penerimaan agama bagi Islam Syiah.[48]
Rukun Islam bagi Muslim Sunnah ialah:
  1. Syahadah (الشهادة), iaitu fahaman asas ajaran Islam:
    اشهد ان لا اله الا الله اشهد ان محمدا رسول الله
    Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah
    Perjanjian ini adalah asas untuk semua kepercayaan dan amalan lain dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah ini dalam solat, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk mengucap kalimah ini.[49]
  2. Solat (صلاة‎), atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. Setiap solat perlu menghadap Kaabah di Makkah. Di kebanyakan negara Muslim, peringatan yang dipanggil Azan disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai.
  3. Puasa (صوم), iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.
  4. Zakat (زكاة), atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu, berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam.
  5. Haji (حج), iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. Setiap Muslim yang mampu (dari segi badan dan harta) wajib menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.
Mengikut Muslim Syiah pula, lima asas Islam ialah:[50]
  1. Tauhid, Tuhan itu satu dan unik.
  2. Keadilan, konsep kebenaran moral berasaskan etika, keadilan dan kesaksamaan, bersama dengan hukuman jika melanggarnya.
  3. Hari Kiamat, penilaian terakhir Tuhan terhadap manusia.
  4. Kenabian, cara Tuhan menghantar utusan, atau nabi, untuk membimbing manusia.
  5. Imamah, institusi yang mewarisi institusi kenabian.
Lima rukun asas ini diikuti oleh sepuluh rukun subsidiari: 1.Solat; 2.Puasa; 3.Haji; 4.Zakat; 5.Jihad; 6.Amar ma'ruf; 7.Nahi munkar; 8.Satu Perlima; 9.Tawalla; 10.Tabarra.

[sunting] Hukum dan perundangan

Rencana utama: Syariah dan Fiqh
Syariah (secara harfiah: "laluan menuju ke tempat berair") merupakan hukum Islam yang dibentuk oleh kesarjanaan tradisi Islam. Dalam Islam, Syariah ialah penyataan kehendak ketuhanan, dan "membentuk satu sistem kewajipan terhadap seorang Muslim oleh sebab kepercayaan agamanya".[51]
Hukum Islam meliputi semua aspek kehidupan, daripada hal negara, seperti pentadbiran dan hubungan luar, kepada isu kehidupan seharian. Al-Qur'an menakrifkan hudud sebagai hukuman untuk lima jenayah khusus: berzina, tuduhan zina, meminum arak, mencuri dan merompak. Al-Qur'an dan Sunnah juga mengandungi hukum pewarisan, perkahwinan, dan pembalasan untuk kecederaan dan bunuh, serta peraturan untuk puasa, sedekah dan solat. Bagaimanapun, arahan dan larangan ini mungkin agak umum, jadi tahap amalannya berbeza-beza. Para ulama telah membentuk sistem hukum berasaskan peraturan-peraturan ini dan tafsiran mereka.[52]
Fiqh, atau "perundangan", ditaksirkan sebagai pengetahuan peraturan amali agama. Cara yang digunakan pakar hukum Islam untuk memperoleh hukum dikenali sebagai usul al-fiqh ("teori hukum", atau "prinsip fiqh"). Menurut teori hukum Islam, undang-undang Islam mempunyai empat sumber asas, iaitu mengikut keutamaan: Al-Qur'an, Sunnah, kesepakatan ulama Muslim (ijma'), dan pemikiran beranalogi (qiyas). Untuk pakar hukum Islam awal, teori kurang penting berbanding aplikasi pragmatik hukum ini. Pada abad ke-9, Imam al-Shafi'i memberikan asas teori perundangan Islam dengan mengekodkan prinsip fiqh (termasuk empat sumber asas) dalam bukunya ar-Risālah.[53]

[sunting] Agama dan negara

Hukum Islam tidak membezakan "hal masjid" dan "hal negara"; fungsi ulama sebenarnya adalah sebagai tokoh perundangan dan ahli teologi. Secara amalinya, pemerintah Islam kerap kali melangkaui bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mewujudkan sistem selari "mahkamah pengaduan", yang mana dikuasai mereka. Apabila dunia Islam mula bertembung dengan idea sekular Barat, masyarakat Muslim bergerak balas dengan cara berbeza. Turki telah diperintah sebagai negara sekular sejak reformasi Mustafa Kemal Atatürk. Manakala, Revolusi Iran 1979 menggantikan rejim agak sekular dengan Republik Islam yang diketuai oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini.[54]

[sunting] Kehidupan keluarga

Unit asas dalam masyarakat Islam adalah keluarga, dan Islam mentakrifkan kewajipan dan hak ahli keluarga. Ayah dilihat bertanggungjawab secara kewangan untuk keluarganya, dan wajib untuk memenuhi keperluan mereka. Pembahagian warisan ditentukan dalam al-Qur'an, yang menyatakan bahawa kebanyakannya adalah untuk keluarga terdekat, manakala sebahagian diasingkan untuk pembayaran hutang dan wasiat. Bahagian wanita dalam pewarisan lazimnya separuh dari lelaki yang sama taraf.[55] Perkahwinan menurut Islam merupakan kontrak sivil yang terdiri dari tawaran dan penerimaan antara dua pihak yang layak dengan kehadiran dua saksi. Pengantin lelaki diperlukan untuk membayar mahar kepada pengantin perempuan, seperti yang disyaratkan dalam kontrak.[56]
Seorang lelaki boleh mempunyai hingga empat isteri jika si suami percaya dia boleh melayani mereka dengan adil, manakala seorang perempuan hanya boleh mempunyai satu suami. Di kebanyakan negara Muslim, proses penceraian dalam Islam dikenali sebagai talaq, yang lazimnya dilakukan suami dengan menyebut kata "cerai".[57] Wanita dikehendaki memakai tudung dan menurut aurat, namun para sarjana tidak sependapat sama ada terdapat dalil Qur'an terhadap amalan tradisional Islam seperti purdah dan burqa.
Bermula pada abad ke-20, reformis sosial Islam bertelagah terhadap amalan ini dan amalan lain seperti poligami, dengan kejayaan berbeza. Pada masa sama, ramai wanita Islam cuba menyelaraskan tradisi dan kemodenan dengan menggabungkan kehidupan aktif dengan kesederhanaan luaran. Sesetengah kumpulan Islamis seperti Taliban pula cuba untuk meneruskan peraturan tradisional seperti yang digunakan kepada wanita.[58]

[sunting] Pakar hukum

Rencana utama: Ulama, Syeikh, dan Imam
Terdapat banyak istilah dalam Islam untuk merujuk kepada mereka yang pakar dalam hukum Islam. Lazimnya para sarjana ini terpelajar dalam beberapa bidang pengajian Islam. Secara umumnya, istilah ulama digunakan untuk merujuk kepada mereka yang telah menyempurnakan latihan dan pengajian sains Islam beberapa tahun, seperti mufti, qadi, faqih atau muhaddith. Sesetengah Muslims turut menganggap mullah, imam dan mawlawi—yang cuma mencapai tahap terendah kesarjanaan Islam sebagai ulama; manakala yang lain menganggap mereka perlu mencapai taraf lebih tinggi. Ada juga Muslim yang mengamalkan ijtihad di mana mereka tidak menerima kewibawaan ulama.[59]

[sunting] Adab dan pemakanan

Rencana utama: Adab dan hukum pemakanan Islam
Banyak amalan jatuh dalam kategori adab, atau etika Islam. Ini termasuk menegur sapa yang lain dengan "as-salamu `alaykum" ("selamat sejahtera atas kamu"), menyebut bismillah ("dengan nama Allah") sebelum makan, dan menggunakan hanya tangan kanan untuk makan dan minum. Amalan kebersihan Islam secara besarnya dibahagikan kepada kategori kesihatan dan kebersihan peribadi. Bersunat bagi lelaki diamalkan secara meluas. Upacara pengebumian termasuk solat jenazah serta memandikan dan mengkafankan mayat, dan kemudian ditanam dalam kubur. Muslim mempunyai batasan dalam pemakanan mereka. Makanan haram termasuklah produk khinzir, darah, bangkai dan alkohol. Semua daging harus diperoleh dari haiwan yang disembelih dengan nama Allah oleh seorang Muslim, atau Ahli Kitab, dengan pengecualian haiwan buruan dan haiwan laut. Makanan yang dibenarkan untuk Muslim dikenali sebagai makanan halal.[60]

[sunting] Ketenteraan

Jihad bermaksud "berusaha atau berjuang" (pada jalan Allah) dan dianggap "rukun Islam keenam" oleh minoriti Muslim Sunnah.[61] Dalam makna yang lebih luas, jihad secara klasiknya ditafsirkan sebagai "berusaha sedaya upaya menggunakan kuasa, ikthiar atau kebolehan diri dalam melawan benda yang tidak dibenarkan." Bergantung pada jenis benda yang menjadi lawan, sama ada seorang musuh nyata, syaitan, atau suatu aspek dalam diri sendiri, beberapa kategori berlainan jihad dapat diertikan.[62] Jihad juga merujuk kepada berusaha untuk memiliki kesempurnaan keagamaan dan moral.[63] Namun jihad apabila digunakan tanpa sebarang penerang difahami merujuk kepada aspek ketenteraan.[64][65] Sesetengah pihak berkuasa Muslim, terutamanya di kalangan Syi'ah dan Sufi, membezakan antara "jihad lebih besar", yang berkaitan dengan kesempurnaan rohaniah diri, dan "jihad kecil", ditakrifkan sebagai peperangan.[66]
Di dalam fiqh, jihad lazimnya dianggap bermaksud penggunaan ketenteraan terhadap penempur bukan-Muslim dalam pertahanan atau pengembangan ummah. Tujuan terakhirnya diperdebatkan, sesetengah mendakwa ia cuma sebagai pertahanan dan pencegahan, manakala yang lain mendakwa matlamatnya ialah menyejagatkan Islam. Jihad merupakan satu-satunya bentuk peperangan yang dibenarkan dalam Islam dan mungkin diisytiharkan terhadap orang murtad, pemberontak, perompak, kumpulan ganas, dan ketua atau negeri yang menindas Muslim atau menghalang dakwah.[67][68] Kebanyakan Muslim kini mentafsirkan jihad sebagai hanya suatu bentuk pertahanan perang: jihad luaran termasuk berjuang untuk membuat masyarakat Islam mematuhi norma keadilan Islam.[69]
Dalam kebanyakan keadaan dan untuk kebanyakan Muslim, jihad merupakan tugas kolektif (fardu kifayah): pelaksanaannya oleh sebahagian masyarakat mengecualikan yang lain. Hanya untuk orang yang diberi kuasa, terutamanya raja (imam), jihad menjadi tugas individu. Untuk penduduk lain, ini hanya berlaku dalam kes pengerahan umum.[68] Untuk kebanyakan Syiah, jihad serangan hanya boleh diisytiharkan oleh Imam masyarakat Muslim, dan oleh itu digantung sejak keghaiban Muhammad al-Mahdi pada 868 M.[70]

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam
 

mari berdakwah bersama rifal nur alam Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers