Masjid
-
Masjid ialah
tempat ibadat untuk Muslim. Walaupun tujuan utama masjid ialah sebagai tempat ibadat, ia juga penting kepada
komuniti Muslim sebagai tempat untuk perjumpaan dan pengajian. Masjid moden telah berkembang secara ketara daripada rekaan awal dari abad ke-7, dan mengandungi beraneka unsur seni bina seperti
menara masjid.
[157]
-
Rencana utama: Kesenian Islam
Kesenian Islam merangkumi
seni tampak yang dihasilkan dari abad ke-7 dan seterusnya oleh orang (tidak semestinya
Muslim) yang tinggal di wilayah yang diduduki penduduk Muslim.
[158] Ia termasuk berbagai-bagai bidang seperti
seni bina,
khat,
lukisan dan
seramik.
-
Rencana utama: Takwim Hijrah
Permulaan rasmi era Muslim yang dipilih ialah
Hijrah pada 622 M, yang merupakan titik perubahan penting dalam nasib Nabi Muhammad s.a.w. Penetapan tahun ini sebagai tahun 1 H atau 1 AH (
Anno Hegirae) dalam kalendar Islam dilaporkan dibuat oleh
Khalifah Umar. Ia merupakan
takwim qamari, dengan 19 tahun lazim 354 hari dan 11 tahun lompat 355 hari dalam kitaran 30 tahun. Tarikh Islam tidak boleh ditukarkan kepada tarikh Masihi secara mudah dengan menambah 622 tahun: peruntukan harus dibuat untuk fakta bahawa setiap abad Hijri sejajar dengan hanya 97 tahun dalam kalendar Kristian.
[159]
Hari suci Islam jatuh pada tarikh tetap dalam takwim qamari, yang bermakna mereka terjadi pada musim berlainan pada tahun berlainan dalam
Kalendar Gregory. Perayaan Islam yang terpenting ialah
Hari Raya Aidilfitri (B. Arab: عيد الفطر) pada
1 Syawal, yang menandakan berakhirnya bulan berpuasa
Ramadan, dan
Hari Raya Aidiladha (B. Arab: عيد الأضحى) pada
10 Zulhijah, serentak dengan haji ke Makkah.
[160] Hari dalam takwim Islam bermula pada waktu maghrib.
[161]
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam
0 komentar:
Posting Komentar