Lima Rukun Islam
Rukun Islam bagi Muslim Sunnah ialah:
- Syahadah (الشهادة), iaitu fahaman asas ajaran Islam:
اشهد ان لا اله الا الله اشهد ان محمدا رسول الله
Perjanjian ini adalah asas untuk semua kepercayaan dan amalan lain dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah ini dalam solat, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk mengucap kalimah ini.[49]
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah
- Solat (صلاة), atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. Setiap solat perlu menghadap Kaabah di Makkah. Di kebanyakan negara Muslim, peringatan yang dipanggil Azan disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai.
- Puasa (صوم), iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.
- Zakat (زكاة), atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu, berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam.
- Haji (حج), iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. Setiap Muslim yang mampu (dari segi badan dan harta) wajib menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.
- Tauhid, Tuhan itu satu dan unik.
- Keadilan, konsep kebenaran moral berasaskan etika, keadilan dan kesaksamaan, bersama dengan hukuman jika melanggarnya.
- Hari Kiamat, penilaian terakhir Tuhan terhadap manusia.
- Kenabian, cara Tuhan menghantar utusan, atau nabi, untuk membimbing manusia.
- Imamah, institusi yang mewarisi institusi kenabian.
[sunting] Hukum dan perundangan
Hukum Islam meliputi semua aspek kehidupan, daripada hal negara, seperti pentadbiran dan hubungan luar, kepada isu kehidupan seharian. Al-Qur'an menakrifkan hudud sebagai hukuman untuk lima jenayah khusus: berzina, tuduhan zina, meminum arak, mencuri dan merompak. Al-Qur'an dan Sunnah juga mengandungi hukum pewarisan, perkahwinan, dan pembalasan untuk kecederaan dan bunuh, serta peraturan untuk puasa, sedekah dan solat. Bagaimanapun, arahan dan larangan ini mungkin agak umum, jadi tahap amalannya berbeza-beza. Para ulama telah membentuk sistem hukum berasaskan peraturan-peraturan ini dan tafsiran mereka.[52]
Fiqh, atau "perundangan", ditaksirkan sebagai pengetahuan peraturan amali agama. Cara yang digunakan pakar hukum Islam untuk memperoleh hukum dikenali sebagai usul al-fiqh ("teori hukum", atau "prinsip fiqh"). Menurut teori hukum Islam, undang-undang Islam mempunyai empat sumber asas, iaitu mengikut keutamaan: Al-Qur'an, Sunnah, kesepakatan ulama Muslim (ijma'), dan pemikiran beranalogi (qiyas). Untuk pakar hukum Islam awal, teori kurang penting berbanding aplikasi pragmatik hukum ini. Pada abad ke-9, Imam al-Shafi'i memberikan asas teori perundangan Islam dengan mengekodkan prinsip fiqh (termasuk empat sumber asas) dalam bukunya ar-Risālah.[53]
[sunting] Agama dan negara
[sunting] Kehidupan keluarga
Lihat juga: Wanita dalam Islam
Unit asas dalam masyarakat Islam adalah keluarga, dan Islam mentakrifkan kewajipan dan hak ahli keluarga. Ayah dilihat bertanggungjawab secara kewangan untuk keluarganya, dan wajib untuk memenuhi keperluan mereka. Pembahagian warisan ditentukan dalam al-Qur'an, yang menyatakan bahawa kebanyakannya adalah untuk keluarga terdekat, manakala sebahagian diasingkan untuk pembayaran hutang dan wasiat. Bahagian wanita dalam pewarisan lazimnya separuh dari lelaki yang sama taraf.[55] Perkahwinan menurut Islam merupakan kontrak sivil yang terdiri dari tawaran dan penerimaan antara dua pihak yang layak dengan kehadiran dua saksi. Pengantin lelaki diperlukan untuk membayar mahar kepada pengantin perempuan, seperti yang disyaratkan dalam kontrak.[56]Seorang lelaki boleh mempunyai hingga empat isteri jika si suami percaya dia boleh melayani mereka dengan adil, manakala seorang perempuan hanya boleh mempunyai satu suami. Di kebanyakan negara Muslim, proses penceraian dalam Islam dikenali sebagai talaq, yang lazimnya dilakukan suami dengan menyebut kata "cerai".[57] Wanita dikehendaki memakai tudung dan menurut aurat, namun para sarjana tidak sependapat sama ada terdapat dalil Qur'an terhadap amalan tradisional Islam seperti purdah dan burqa.
Bermula pada abad ke-20, reformis sosial Islam bertelagah terhadap amalan ini dan amalan lain seperti poligami, dengan kejayaan berbeza. Pada masa sama, ramai wanita Islam cuba menyelaraskan tradisi dan kemodenan dengan menggabungkan kehidupan aktif dengan kesederhanaan luaran. Sesetengah kumpulan Islamis seperti Taliban pula cuba untuk meneruskan peraturan tradisional seperti yang digunakan kepada wanita.[58]
[sunting] Pakar hukum
[sunting] Adab dan pemakanan
[sunting] Ketenteraan
Di dalam fiqh, jihad lazimnya dianggap bermaksud penggunaan ketenteraan terhadap penempur bukan-Muslim dalam pertahanan atau pengembangan ummah. Tujuan terakhirnya diperdebatkan, sesetengah mendakwa ia cuma sebagai pertahanan dan pencegahan, manakala yang lain mendakwa matlamatnya ialah menyejagatkan Islam. Jihad merupakan satu-satunya bentuk peperangan yang dibenarkan dalam Islam dan mungkin diisytiharkan terhadap orang murtad, pemberontak, perompak, kumpulan ganas, dan ketua atau negeri yang menindas Muslim atau menghalang dakwah.[67][68] Kebanyakan Muslim kini mentafsirkan jihad sebagai hanya suatu bentuk pertahanan perang: jihad luaran termasuk berjuang untuk membuat masyarakat Islam mematuhi norma keadilan Islam.[69]
Dalam kebanyakan keadaan dan untuk kebanyakan Muslim, jihad merupakan tugas kolektif (fardu kifayah): pelaksanaannya oleh sebahagian masyarakat mengecualikan yang lain. Hanya untuk orang yang diberi kuasa, terutamanya raja (imam), jihad menjadi tugas individu. Untuk penduduk lain, ini hanya berlaku dalam kes pengerahan umum.[68] Untuk kebanyakan Syiah, jihad serangan hanya boleh diisytiharkan oleh Imam masyarakat Muslim, dan oleh itu digantung sejak keghaiban Muhammad al-Mahdi pada 868 M.[70]
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam
0 komentar:
Posting Komentar