Perkataan Islam merupakan kata nama kerjaan berasal daripada kata akar tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan dari kata kerja bahasa Arab Aslama, yang bermaksud "untuk merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)."[3][2] Satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama ialah salam (سلام) yang bermaksud 'sejahtera'.[19] Dengan demikian, Islam bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan Muslim harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan syirik. Perkataan ini kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam al-Quran. Dalam sesetengah ayat, kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan: "Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberi panduan kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam."[20] Ayat lain menghubung islām dan dīn (lazimnya diterjemahkan sebagai "agama" atau "cara hidup"): "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu (dīn) dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu."[21] Manakala ada pula yang menggambarkan Islam sebagai perbuatan kembali kepada Allah—lebih dari hanya penyataan pengesahan keimanan.[22]
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam
Rabu, 26 Oktober 2011
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar